Sunday 10 July 2011

Akedemik : Pandangan Dari Sudut Berbeza

Kenapa saya ambil course ini? Orang kata muslimat tak ramai yang berminat. Apa yang pasti, saya gembira kerana banyak, terlalu banyak yang saya belajar sepanjang belajar architecture. Bukan semata-mata belajar design bangunan, tetapi belajar erti KEHIDUPAN. Too vague? Bahasa mudahnya, banyak perkara yang boleh saya praktikkan dalam kehidupan. Menjadi seorang yang praktikal!

At Studio (photoshoped image)
Macamana?
Menjadi pelajar architecture, bermaksud saya perlu banyak berfikir, menyoal dan menerangkan. Sayalah ahli falsafah disebalik rekaan yang dihasilkan. Sayalah pelukis dan engineer. Selalu bertanya `Why…why…why?’ Sampailah jawapan yang dicari dijumpai. Macammana hendak tahu apa jawapannya, sebab architecture is a subject that has no right or wrong. It is subjective. Sebab ianya adalah pendapat semata-mata. Namun argument yang kuat akan memberikan keyakinan dan logik. Secara fitrahnya argument yang meyakinkan dan diterima akal ini tidak bertentangan dengan sunnahtullah dan syariatullah. Ertinya walaupun subjektif, tetap ada objektif. Tetap perlu ada fakta dan sebab yang kukuh bagi menyokong hujah tersebut. Kombinasi dua perkara inilah yang akan membuatkan kita yakin.

1 comment: