Wednesday 13 July 2011

Kehidupan Student Architecture Di KKTM Pasir Mas

                                           
                                  Ini lah Kolej KKTM Pasir Mas yang tersayang..haha

salam..disini aku nk crta kn tentang kehidupan budak architecture..sb student2 lain memang lain sgt dgn budak archi,,ni lah budak2 architecture panggil nama chort form ialah "archi"..budak2 archi memang sporting dgn budak2 coz lain dalam kolej ni..sb tu pengarah tabik sngt dgn budak2 archi..kalau ade ape2 funtion msti suruh budak2 archi handle,,contohnya mcm kovokesyen kn,,budak2 archi lah yg kena kerah tenaga untuk design dan susun layout Dewan Besar,,buat banner,,gantung banner,,susun kerusi,,buat photographer untuk budak2 senior konvo dan macam2 lg..sb tu pengarah sayang sngt dgn budak2 archi..ok lah,,ni la aku nk crta perkara best2 tentang budak archi..memang lah ada masanya aku rasa kos senibina ini sangat membunuh dan menyeksa zahir dan batin, fizikal dan mental.. tapi masih ada sebab kenapa aku suka dan bangga jadi salah seorang daripada pelajar senibina.. ini kerana :


1) boleh buat model. walaupun leceh tapi membuat model sangat seronok. kadang-kadang sambil buat model boleh berangan diri ini Frank Gehry. ;p aceceh..

2) boleh buat lukisan yang kadang-kadang best, dan kadang-kadang tak best. yang paling bestnya ialah bila kita tahu lukisan kita tak cantik, tapi budak-budak kos lain cakap cantik. diorang tak tahu ada yang berinfiniti kali ganda lebih cantik. dapat la berbangga sekejap kan.

3) adanya pensyarah-pensyarah yang sempoi dan best, yang kami semua anggap seperti ibu, abang, kakak, dan..abang tiri?? namun malangnya kadang-kadang kedapatan pensyarah yang kami anggap seperti ibu tiri, atau ibu mertua yang kejam.. tapi itu cuma 0.1% sahaja..hahahahahhahaha..

4 ) dapat mengalami perasaan yang budak kos lain tak dapat rasa. perasaan nak terjun bangunan kerana kegembiraan setiap kali submit projek, lebih-lebih lagi final submission. saat dapat meng-gada tidur yang telah dikorbankan. lega. kami tidak kisah seksaan membaca untuk exam subjek teori, tapi kisah akan seksaan yang dihadapi sepanjang tempoh menyiapkan projek..Selalunya memang x tido malam,,lagi2 time nk present..kadang-kadang smpai 5 hari berturut2 x tido malam..sebab nk menyiapkan Presentation Board atas kertas A1..ok lah aku nk cerita lg tentang kerja ak,,pertama kena cari idea consept atau idea development,,pastu baru masuk Proses design nk wat bentuk yg seakan2 idea concept kita td..Pastu masuk pulak Bubble Diagram susun layout dan space..Pastu baru la masuk zonning layout mengikut site kita..sketch2 skit kn atas butter paper pastu baru la tunjuk kt studio master..g krid la kononnye..hehe..sb nk mintak persetujuan dan aprove building plan kita..dh aprove bru la boleh masuk dalam Acad..pastu transfer pulak masuk dalam sketchup utuk menampakkan 3D building tersebut..bnyak lagi sebenarnya nk crta..nk crta semua makan hari gak nk crta..tp ni dh aku ringkas kan..hehe..malas nk tulis*..heehehe


5) adanya rakan-rakan satu kos yang sangat best dan memahami antara satu sama lain..lagi-lagi budak House mate aku,iaitu budak2 Bandar Baru Pasir Mas,geng2 lain panggil,semua budak archi gak..ni lah nama2 budak rumah sewa ak terdiri dari aku,zaki,hayat,pian,aniq dan wan..kitaorang dh anggap mcm adikberadik dah siap ada nama lagi SIX BROTHERS..Siapa x kenal budak2 six brother..tanya je sape2 msti diorang kenal punya.. hidup di bawah kuliah senibina umpama hidup berkeluarga. bila anda menangis, anda tidak menangis sendiri. bila anda ketawa, anda tidak ketawa sendiri. masa yang hampir 24 jam kami luangkan bersama di studio cukup untuk menjadikan kami rapat seperti keluarga.ceh..yakin je aku..



6) kami boleh pergi ke kelas memakai baju apa-apa pun,,tapi hari ahad dan khamis je yg pakai seragam iaitu ape2 kemeja hitam yg boleh nmpak kn lg GAH budak2 senibina pada budak2 kos lain jangan jelous k..sb budak2 lain x boleh pakai pakaian bebas mcm kami.. selagi boleh diterima akal la pemakaiannya di KKTM ni. kalau takat pakai spagheti je kat KKTM ni memang nak kena tendang lah. jika dibandingkan dengan kos lain, kebanyakan pelajar mereka memakai baju kurung dan baju begkel sahaja, kami boleh pergi ke kelas dengan memakai kemeja bebas dan t-shirt (tak perlu iron sangat) dan yang paling x best tidak boleh pakai selipar jamban.huhhuhuhuhhu!! 



7) boleh adakan party kecik seperti barbeque yang baru berlangsung semalam 12/07/2011.. hahah.. rakan-rakan  studio dan housemate yang best itu telah merancang segala persiapan dengan baik sekali..sb nk sambut befday skali semalm (walaupun ketiadaan sudu dan garpu). tapi itu tidak menjadi masalah kerana anggap jek la konsep makan ringan ialah tradisional, dan makan la guna tangan. habis cerita...haha

ni lah gambar2 budak2 Architecture..
                              
kos Architecture je yang buat Dinner yg mcm ni.. kos lain x mampu buat mcm ni..sb diorang x sporting mcm budak2 Archi ni...

   
                                    Time ni gambar trple AAA Sem 4 Jan-Jun 2011.     
                                        masing-masing muka nak market..haha  



                                 time ni lah dinner architecture di hotel kt Kota Bahru


                               Ni lah muka-muka lecturer kami.haha

3 comments:

  1. bakpak lah gempak busak2 architecture KKTM... gua tabik spring ar!!

    ReplyDelete
  2. broo..bila mau smbung blajoo..moh5...

    ReplyDelete
  3. Salam bro .. daya dri Tawau Sabah .. dan alhamdulillah dpt kos senibina kat kktm pasir mas ni .. nak tahu pasal asrama dea , asaram d sediakan spanjang pengajaian kah ?? Then nak kesana, ada bas d sediakan kah ?? Sebab nya saya asal tawau sabah, family pon x da yg tinggal kat semenanjung .. so, agak susah lahh nak kesana tanpa guider .. haha

    ReplyDelete